LATARBELAKANG PROGRAM
Program MPP UniSZA
Home Attack : We Care Mission merupakan salah satu inspirasi Majlis
Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013 dalam usaha mendekati dan memahami
permasalahan di kalangan mahasiswa khususnya melibatkan mahasiswa luar kampus.
Program ini telah direncanakan sendiri oleh Exco Inovasi, Penyelidikan &
Penempatan Luar MPP UniSZA atas usaha memahami dengan lebih dekat dan meninjau
perkembangan mahasiswa UniSZA yang menetap di luar kampus. Program ini
berlangsung selama sehari melalui beberapa fasa dan pergerakan yang
dijadualkan bergerak bermula sekitar Kampus Gong Badak, UniSZA dan akhirnya
penempatan luar kampus bagi mahasiswa/i Kampus Kota.
TEMPAT
Penempatan
Mahasiswa/i Luar Kampus sekitar Gong Badak
Penempatan Mahasiswa/i
Luar Kampus sekitar Kampus Kota
KAEDAH/ CARA PELAKSANAAN PROGRAM
Program “MPP Home
Attack : We Care Mission” merupakan salah satu initiatif Perwakilan Pelajar
mengimplimentasikan konsep “outreach”
khusus melibatkan mahasiswa/i yang menetap di luar kampus. Fenomena mahasiswa/i
menetap di luar kampus merupakan masalah yang masih baru di kalangan
mahasiswa/i UniSZA maka, langkah-langkah untuk mengurangkan impak negatif terhadap status kebajikan mahasiswa/i luar kampus
perlu dielakkan dan diselami dengan lebih dekat. Maka, timbulkan idea ini yang
telah diinspirasikan sendiri oleh Exco Inovasi, Penyelidikan & Penempatan
Luar MPP UniSZA untuk membantu pihak pentadbiran Universiti dalam usaha
mengatasi permasalahan ini.
0 comments:
Post a Comment