PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sultan Zainal Abidin

Wednesday, May 1, 2013

FORUM “MAHASISWA DALAM POLITIK: APA PERANAN MAHASISWA”



        Satu forum bertajuk “Mahasiswa Dalam Politik: Apa Peranan Mahasiswa” telah berlansung pada 29 April 2013 jam 9.00 malam bertempat di Dewan Kuliah Utama (DKU) Kampus Gong Badak UniSZA. Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), saudara Muhammad Marzuqi Bin Zainal Adlan merupakan salah seorang panel yang terlibat dalam forum tersebut. Antara panel yang lain adalah, Prof Madya Dr. Nik Wan Bin Omar, pemangku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (TNC HEPA) UniSZA dan Encik Mat Yusof Bin Mat Ali, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu. Encik Rusdi Bin Muda merupakan moderator untuk forum tersebut.

           Antara intipati forum yang ditegaskan oleh saudara Marzuqi ialah mengenai konsep hikmah di dalam berpolitik. Selain itu, beliau turut menekankan bahawa mahasiswa-mahasiswi perlu bijak dalam menilai kelebihan mahupun kelemahan sesuatu parti politik dengan niat bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Di samping itu, menurut beliau lagi, mahasiswa- mahasiswi berperanan penting dalam isu politik semasa. Sebagai pelajar universiti kita perlulah matang dan menjadi agen perubahan kepada masyarakat.

      Selain itu, Prof. Madya Dr. Nik Wan Bin Omar, pemangku TNC HEPA banyak mengutarakan  pandangan bernas dan menasihati para pelajar yang hadir. Antara nasihat-nasihat beliau adalah, kita perlu menghargai nikmat pemberian Ilahi dan tidak menjadikan cabaran sebagai penghalang namun jadikan ia sebagai motivasi untuk terus Berjaya.

         Encik Mat Yusof Bin Mat Ali memberi saranan, para belia terutama golongan pelajar universiti perlu bergiat aktif dalam persatuan-persatuan belia dan semangat ini seharusnya ditanam sejak dari bangku sekolah. Penglibatan dalam persatuan, dapat memupuk pelbagai kemahiran dan membantu masyarakat setempat.

           Forum ini berakhir sekitar jam 11.00 malam yang telah dihadiri oleh seramai 300 pelajar.


Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2012/2013
" Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara "