PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sultan Zainal Abidin

Sunday, June 16, 2013

UniSZA Terima Dua Timbalan Naib Canselor


Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan telah bersetuju melantik dua Timbalan Naib Canselor (TNC) iaitu TNC Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman dan TNC Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar berkuatkuasa pada 3 Jun 2013 hingga 2 Jun 2016.
Prof. Dr. Mohd Ekhwan merupakan profesor yang bertugas di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum dilantik sebagai TNC Penyelidikan dan Inovasi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) manakala Prof. Madya Dr.Nik Wan adalah Pemangku TNC Hal Ehwal Pelajar di UniSZA.
Pihak UniSZA mengucapkan tahniah kepada mereka dan dengan pelantikan ini pasti UniSZA akan terus memacu kegemilangan di masa hadapan.




Saturday, June 15, 2013

PENGUMUMAN: PERHATIAN KEPADA MAHASISWA/I YANG TERLIBAT DALAM PEMBELIAN & PENIPUAN LINGUAPHONE DI DALAM KAMPUS

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian kepada mahasiswa/i UniSZA, kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013 kini sedang dalam usaha mendapatkan maklumat daripada kesemua mahasiswa/i yang pernah terlibat dalam urusan jual beli perkhidmatan Linguphone yang telah dilaksanakan di dalam kampus semenjak beberapa tahun lepas. Maklumat yang anda bakal sumbangkan kepada kami sangat penting untuk kami teruskan usaha kami di peringkat pengurusan untuk menghalang kemasukan Linguaphone ke dalam kampus dan mengelakkan penipuan seperti ini kepada mahasiswa/i pada masa akan datang.

Mohon bagi mahasiswa/i yang terlibat supaya dapat mengisi data anda di Aduan Online Mahasiswa sepertimana tautan yang disediakan seperti berikut. Segala maklumat perlulah diserahkan sebelum 30 Jun 2013. Segala maklumat akan membantu kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar untuk membawa perkara ini ke Pengurusan Universiti dan seterusnya ke Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

Terima kasih

"Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara"



JADUAL BAS SEMPENA PULANG CUTI SEMESTER PELAJAR IJAZAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Mahasiswa/i UniSZA.
Berikut adalah jadual bas sempena pulang Cuti Semester Ijazah, Selamat bercuti semua.






bagi mahasiswa/i yang memerlukan perkhidmatan penghantaran ke Airport sila berikan nama, no tel, dan juga tarikh beserta waktu penerbangan kepada Exco kebajikan dan pembangunan pelajar Muhammad Nur Syazwan Zainudin (013-917 1590). SEGERA yang mungkin.

*Kerjasama anda amatlah dihargai untuk memudahkan urusan.

sebarang pertanyaan boleh hubungi Exco kebajikan dan pembangunan pelajar Muhammad Nur Syazwan Zainudin 013-9171590 ataupun Shima Jaafar 013-9997567.


"INSPIRASI MAHASISWA MOBILITI NEGARA"