PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Monday, November 12, 2012

Harga Makanan dan Peti Cadangan Kafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Premis Sewaan yang dipengerusikan oleh Dr. Aminuddin bin Abdul Rahman kerana sudi berbincang dan mendengar suara Perwakilan tentang permasalahan harga makanan.

Pihak MPP sentiasa mengambil cakna tentang segala suara dan permasalahan yang diutarakan oleh Mahasiswa/i UniSZA. Pihak MPP telah memanjangkan permasalahan tersebut kepada pihak bertangungjawab.

Alhamdulillah, setelah selesai berbincang, harga makanan telah ditetapkan dengan harga yang munasabah dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Berikut adalah harga baru yang telah ditetapkan dan dipersetujui:
 
(klik imej untuk besarkan)
 
Justeru itu diharap makanlah makanan mengikut keperluan, bukannya kemahuan, Ikutlah Diet Rasulullah, Insyaallah hidup berkat bertambah sihat.
 

 Peti cadangan telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan & Pemantauan Premis Sewaan hasil daripada perbincangan antara pihak Majlis Perwakilan Pelajar bersama pengusaha premis makanan dan pentadbiran universiti dalam mencari penyelesaian mengenai isu makanan.
 
Oleh yang demikian, kami dipihak Majlis Perwakilan Pelajar menggalakkan mahasiswa/i untuk memberi sebarang aduan dan cadangan kepada pengusaha premis makanan berkenaan harga dan tahap kebersihan kafe.
 
peti cadangan ini akan diuruskan sendiri oleh pengusaha kafe agar pengusaha kafe dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.
 
" Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara"
 

1 comments:

cafe Halimah tepi blok USM harga terlalu mahal,,,dia kira pakai anggran je,,,, cuba pantau,,, terima kasih

Post a Comment