PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sultan Zainal Abidin

Thursday, August 29, 2013

Selamat Datang Mahasiswa/i Baru UniSZA


Assalamualaikum Wm, Wbt. Dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah pertamanya marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberikan peluang untuk kita untuk terus berbakti serta meneruskan perjalanan kita sebagai seorang penuntut untuk meneruskan kembara Ilmu dimuka bumi Allah ini.
Saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/13 ini ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar yang Berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian mereka ke menara gading, khususnya di Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) ini dan selamat datang saya ucapkan kepada anda semua, Ahlan wasahlan.

Pesanan saya kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja menjejakkan kaki mereka untuk meneruskan pengajian mereka di UniSZA ini, tanamkanlah keazaman kita dalam mencari ilmu. Cari serta ambillah pengalaman dalam menuntut ilmu itu adalah kerana Allah S.W.T dan demi untuk faedah insan. Anda adalah harapan keluarga, harapan bangsa dan Negara. Usahlah anda mensia-siakan kehidupan serta peluang anda di sebuah gedung ilmu ini. Sesungguhnya manusia itu sentiasa didalam kerugian jika kita alpa serta leka. Jadilah seorang pelajar yang bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan oleh anda untuk menuntu ilmu. Dan ingatlah, menjadi sebuah Negara serta keunggulan ketamadunan sesebuah bangsa itu adalah dengan ilmu.

Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA yang dahulunya kaya dengan melahirkan sarjana-sarjana yang hebat dan juga menyediakan kursus-kursus yang berpotensi tinggi dalam membina jati diri serta seseorang pelajar itu berketerampilan, akhlak dan sahsiah yang tinggi sehingga ianya menjadi sebuah institusi yang sering menjadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka.  Selaras dengan visi dan misi UniSZA dalam melahirkan sifat kepimpinan kepada semua warganya dalam memartabatkan ilmu hingga ketahap yang lebih tinggi. Setiap manusia dijadikan sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini adalah untuk mentadbir serta menguruskan segala isinya dengan kehebatan ilmu yang diperolehi.

Disini kami Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi ini menyeru kepada semua pelajar-pelajar khususnya kepada yang baru menjejakkan kaki mereka disini untuk bersama membangunkan modal insan yang dinamik dan proaktif serta dapat berbakti kepada agama,bangsa dan Negara selari dengan prinsip MPP 12/13 “Inpirasi Mahasiswa Mobiliti Negara”. Moga ianya menjadi satu kayu ukur untuk kita dalam mencapai matlamat hidup kita sebagai seorang penuntut ilmu. Sekian, kami doakan semoga maju jaya dalam menuntut ilmu disini. Insyaallah..
Wassalam


Muhammad Marzuqi B Zainal Adlan
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/13
Universiti Sultan Zainal Abidin

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 56





Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Mahasiswa. Masih sempat saya ingin sampaikan kerana masih didalam bulan Syawal yang penuh keberkatan ini. Namun dalam kita bergembira menyambut hari lebaran, eloklah kiranya untuk kita bermuhasabah diri serta mengambil pengajaran setelah kita menempuh Bulan Ramadhan yang telah meninggalkan kita. Adakah kita mengekalkan prestasi Ibadah kita kepada Allah, atau sekadar menjadi hamba Ramadhan semata-mata. Pesanan ini juga seringkali membuat saya berfikir utnuk koreksi diri. Mudah-mudahan dengan pentalbiahan kita sewaktu Ramadhan akan kekal hingga akhirnya..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dalam mengecapi kenikmatan dan kesejahteraan hidup dinegara ini perlulah kita memperbanyakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang memberi kita segala kenikmatan serta kesejahteraan yang beri olehNya. Sedar atau tidak negara kita Malaysia ini sudah hampir 56 tahun kita mengecapi nikmat kemerdekaan ini. Nikmat ini merupakan satu anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T. Selari dengan firman Allah yang bermaksud:


 " Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepada mu dan jika kamu kufur mengingkari (nikmat ku) maka sesungguhnya azab ku amat pedih."
(QS. Ibrahim :7)

Anugerah yang kita kecapi hari ini hendaklah kita menjaganya selari dengan syariat Islam itu sendiri. Usahlah kita terlalu membangga serta kufur akan nikmat serta anugarah yang diberikan. Ini kerana jika dengan kekufuran yang diperoleh dari setiap masyarakat akan mengundang kemurkaan Allah. Setiap anugerah dan nikmat itu merupakan satu ujian kepada hambaNya. Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud :

 " Itulah sebahagian dari kurnia Tuhan ku untuk menguji ku apakah aku bersyukur atau kufur (akan nikmat kurnianya)"
 (QS.An Naml :40) 


 Oleh itu, kita sebagai makhluk yang bertuah ini agar kita mengecapi nikmat serta anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T ini dengan kita memperbanyakkan Syukur kepadaNya dengan kita menjaga serta memastikan kesejahteraan dinegara ini akan terus dinikmati oleh generasi yang akan datang. Pertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara yang kita kecapi ini dengan penuh ketaqwaan serta berhikmah supaya kita tidak kufur diatas nikmat yang kita perolehi hari ini.


Salam Lebaran, dan Salam Kemerdekaan..

Muhammad Marzuqi Zainal Adlan
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013
Universiti Sultan Zainal Abidin

Monday, August 26, 2013

JADUAL BAS MENGANBIL PELAJAR BARU SEMESTER PENDEK DAN PELAJAR BARU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Mahasiswa/i UniSZA.
Berikut adalah jadual bas dari MBKT dan Airport ke kampus Gong Badak dan Kampus Maidam bagi pelajar semester pendek dan pelajar baru.

*Kepada mahasiswa/i UniSZA yang memerlukan pengangkutan dari airport, hendaklah memberi nama, masa penerbangan, beserta no tel. kepada Exco Kebajikan dan Pembangunan Pelajar MPP, Muhammad Nursyazwan bin Zainudin di talian 013-917 1590.

" Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara "



MERDEKA RAYA UniSZA 2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Mahasiswa/i UniSZA.
Pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni UNISZA dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri - “MERDEKA RAYA UNISZA 2013” yang akan diadakan sepertimana ketetapan berikut: 

Tarikh: 28 Ogos 2013 (Rabu)
Masa : 8.00 – 11.00 malam
Tempat : Perkarangan Foyer Asrama Baru Kampus Gong Badak

Semua Kakitangan & Pelajar dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

“INSPIRASI MAHASISWA MOBILITI NEGARA”

Friday, August 9, 2013

JADUAL BAS BALIK KE KAMPUS DARI MBKT DAN AIRPORT SEMPENA CUTI PERAYAAN RAYA AIDILFITRI

 Assalamualaikum & Salam Sejahtera Mahasiswa/i UniSZA.
Berikut adalah jadual bas dari MBKT dan Airport ke kampus Gong Badak dan Kampus Maidam sempena Cuti Perayaan , Selamat pulang semua.


*Kepada mahasiswa/i UniSZA yang memerlukan pengangkutan dari airport, hendaklah memberi nama, masa penerbangan, beserta no tel.  kepada Exco Kebajikan dan Pembangunan Pelajar MPP, Muhammad Nursyazwan bin Zainudin di talian 013-917 1590.

" Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara "