PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Thursday, August 29, 2013

Selamat Datang Mahasiswa/i Baru UniSZA


Assalamualaikum Wm, Wbt. Dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah pertamanya marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberikan peluang untuk kita untuk terus berbakti serta meneruskan perjalanan kita sebagai seorang penuntut untuk meneruskan kembara Ilmu dimuka bumi Allah ini.
Saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/13 ini ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar yang Berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian mereka ke menara gading, khususnya di Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) ini dan selamat datang saya ucapkan kepada anda semua, Ahlan wasahlan.

Pesanan saya kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja menjejakkan kaki mereka untuk meneruskan pengajian mereka di UniSZA ini, tanamkanlah keazaman kita dalam mencari ilmu. Cari serta ambillah pengalaman dalam menuntut ilmu itu adalah kerana Allah S.W.T dan demi untuk faedah insan. Anda adalah harapan keluarga, harapan bangsa dan Negara. Usahlah anda mensia-siakan kehidupan serta peluang anda di sebuah gedung ilmu ini. Sesungguhnya manusia itu sentiasa didalam kerugian jika kita alpa serta leka. Jadilah seorang pelajar yang bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan oleh anda untuk menuntu ilmu. Dan ingatlah, menjadi sebuah Negara serta keunggulan ketamadunan sesebuah bangsa itu adalah dengan ilmu.

Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA yang dahulunya kaya dengan melahirkan sarjana-sarjana yang hebat dan juga menyediakan kursus-kursus yang berpotensi tinggi dalam membina jati diri serta seseorang pelajar itu berketerampilan, akhlak dan sahsiah yang tinggi sehingga ianya menjadi sebuah institusi yang sering menjadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka.  Selaras dengan visi dan misi UniSZA dalam melahirkan sifat kepimpinan kepada semua warganya dalam memartabatkan ilmu hingga ketahap yang lebih tinggi. Setiap manusia dijadikan sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini adalah untuk mentadbir serta menguruskan segala isinya dengan kehebatan ilmu yang diperolehi.

Disini kami Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi ini menyeru kepada semua pelajar-pelajar khususnya kepada yang baru menjejakkan kaki mereka disini untuk bersama membangunkan modal insan yang dinamik dan proaktif serta dapat berbakti kepada agama,bangsa dan Negara selari dengan prinsip MPP 12/13 “Inpirasi Mahasiswa Mobiliti Negara”. Moga ianya menjadi satu kayu ukur untuk kita dalam mencapai matlamat hidup kita sebagai seorang penuntut ilmu. Sekian, kami doakan semoga maju jaya dalam menuntut ilmu disini. Insyaallah..
Wassalam


Muhammad Marzuqi B Zainal Adlan
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/13
Universiti Sultan Zainal Abidin

0 comments:

Post a Comment