PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sultan Zainal Abidin

Tuesday, April 30, 2013

SELAMAT HARI PEKERJA

Ucapan terima kasih kepada semua warga UniSZA yang telah tekun bekerja untuk merealisasikan visi dan misi UniSZA  bagi membawa negara kita kearah kecermerlangan.

Sumbangan saudara-saudari amatlah dihargai.

daipada kami
Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA sesi 2012/2013
" Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara "

Thursday, April 25, 2013

JOM BALIK MENGUNDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah setelah mendapat persetujuan daripada pihak Pengurusan Universiti, keputusan untuk cuti sempena pilihanraya umum pada 5 Mei 2013. sehubungan dengan itu minggu tersebut merupakan minggu ke 11, maka pelajar yang layak mengundi diberikan pengecualian kuliah dan aktiviti pada 5 dan 6 Mei 2013 untuk pulang mengundi.., Kepada pelajar yang tidak terlibat dengan mengundi diminta meneruskan pengajian mereka.. Harap Maklum.
" Selamat Mengundi "

Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara

MAKLUMAT PELAJAR TINGGAL LUAR KAMPUS

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada mahasiswa/i UniSZA yang masih belum mendaftar dan mengisi Borang Maklumat Pelajar Tinggal Di Luar, sila berbuat demikian secepat yang mungkin SEBELUM 10 May 2013. Anda boleh berdaftar di Pejabat Asrama di Foyer Asrama pada hari bekerja dari jam 8.00pagi – 4.30 petang. Kami juga menggalakkan mahasiswa/i yang sudahpun bertukar alamat dapat mengisi maklumat baru penempatan anda di UPKP sebelum tarikh berkenaan.

Hal ini bagi memastikan pihak Majlis Perwakilan Pelajar dapat mengaturkan Siri SRC Home Attack: We Care Mission 2.0 yang berikutnya melibatkan mahasiswa/i luar kampus dengan statistik terkini bilangan mahasiswa/i luar kampus serta mendapatkan jumlah responden yang sewajarnya bagi Kajian Persepsi Mahasiswa/i Luar Kampus & Permasalahan Yang Di Alami untuk di utarakan kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) melalui Unit Perumahan & Kebajikan Pelajar UniSZA.

Berikut merupakan direktori yang berkaitan yang boleh anda hubungi untuk maklumat lanjut berkaitan penempatan luar:

En. Shuhrin Che Mat  
                  Penolong Pengurus Asrama & Penempatan Luar Kampus
                  H : 017- 2133440

                  Cik Nur Izzah Liyana Binti Haji Mat Nayan (Ijazah)
                  Exco Inovasi, Penyelidikan & Penempatan Luar
                  Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013
                  H : 012- 6331649

                 Saudara Mohd Shafie Johan Ng (Diploma)
                 Exco Inovasi, Penyelidikan & Penempatan Luar
                 Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013
                 H : 012-9976534

Sekian Terima Kasih

Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara

MAKLUMAN PERMOHONAN JAWATANKUASA PERUMAHAN & KEBAJIKAN PELAJAR LUAR KAMPUS (JPKP-LK)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada mahasiswa/i UniSZA yang menetap di luar kampus, Unit Perumahan & Kebajikan Pelajar (UPKP) kini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Perumahan & Kebajikan Pelajar Luar Kampus yang akan diwakili oleh mahasiwa/i luar kampus sebagai satu Jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk membantu pihak Pentadbiran Universiti dan Majlis Perwakilan Pelajar dalam usaha memastikan kebajikan dan keselamatan mahasiswa/i luar kampus diambil perhatian oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Universiti.

Berikut merupakan beberapa insentif yang berkaitan bagi mahasiswa/i luar kampus yang terpilih sebagai JPKP- Luar Kampus:

(1). Peluang mengemukakan kertas kerja menganjurkan program/aktiviti melibatkan mahasiswa/i luar kampus
(2). Keistimewaan untuk join venture bersama Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA untuk menganjurkan program
(3). Pemberian Baju Korporat JPKP
(4). Merit penginapan (untuk perhatian JPKP pada permohonan asrama tahun berikutnya)
(5). Recommendation letter
(6). Peluang untuk mengemukan kertas cadangan penambahbaikan sistem Pengurusan Asrama UniSZA
(7). Penghargaan Majlis Perwakilan Pelajar melalui aktiviti MPP bersama mahasiswa/i luar kampus
(8). Pengecualian Yuran Pengajian *

Sila sedia maklum bahawa anda TIDAK LAYAK untuk memohon sekiranya anda kini mahasiswa/i Tahun Akhir dan tinggal kurang dari setahun sebagai pelajar UniSZA. Mahasiswa/i luar kampus yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa JPKP Luar Kampus boleh mendapatkan borang Permohonan JPKP-Luar Kampus di pejabat Majlis Perwakilan Pelajar dan merujuk kepada Pegawai/ MPP berkaitan untuk maklumat lanjut. Berikut adalah direktori Pegawai dan MPP yang berkaitan :

En. Shuhrin Che Mat  
                  Penolong Pengurus Asrama & Penempatan Luar Kampus
                  H : 017- 2133440

                  Cik Nur Izzah Liyana Binti Haji Mat Nayan (Ijazah)
                  Exco Inovasi, Penyelidikan & Penempatan Luar
                  Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013
                  H : 012- 6331649

                 Saudara Mohd Shafie Johan Ng (Diploma)
                 Exco Inovasi, Penyelidikan & Penempatan Luar
                 Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013
                 H : 012-9976534

*Insentif ini masih di dalam perancangan Unit Perumahan & Kebajikan Pelajar (UPKP) dan telahpun diutarakan kepada Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA). Walaubagaimanapun, insentif ini bergantung kepada prestasi JPKP berkenaan dan prestasi individu.

Sekian Terima Kasih

Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara

“UniSZA –INSPIRASIKU”

 “UNISZA –INSPIRASIKU” PROGRAM MOTIVASI PELAJAR YATIM & MISKIN PMR & SPM MPP UNISZA-SMK KERTEH 2013

TARIKH       : 18 & 19 APRIL 2013
HARI            : KHAMIS & JUMAAT
TEMPAT      : DEWAN SERBAGUNA, UniSZA

OBJEKTIF
1    Mewujudkan pelajar yang mempunyai azam dan iltizam untuk lulus dengan cemerlang dalam PMR dan SPM  serta mempunyai ketrampilan dan kewibawaan sebagai pemimpin dalam kumpulan mereka.

2    Memberikan semangat dan kekuatan mentaliti dan  emosi pelajar untuk  menghadapi PMR & SPM.

3    Mengamalkan sikap kerjasama antara calon PMR dan SPM supaya lebih bersedia menghadapi cabaran dalam pembelajaran dan peperiksaan.

4    Melahirkan mahasiswa yang cakna kepada komuniti dalam membantu agama, bangsa dan negara

5    Melahirkan mahasiswa yang mempunyai cara berkomunikasi yang berkesan dalam melatih pelajar sekolah

6   Membina satu hubungan dan jalinan kerjasama yang baik antara Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dan SMK Kerteh dalam memantapkan motivasi anak bangsa sebagai pemimpin masa depan.

DIREKTORI DAN MANUAL KESELAMATAN MAHASISWA/I MENGINAP LUAR KAMPUS

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada mahasiswa/i UniSZA yang menginap di luar kampus, bersama-sama ini disertakan Manual Keselamatan dan Direktori yang berkaitan sekiranya berlaku sebarang permasalahan seperti kecurian, keselamatan dan sebagainya.

Sekian Terima Kasih

Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara

SRC HOME ATTACK: WE CARE MISSION

LATARBELAKANG PROGRAM

Program MPP UniSZA Home Attack : We Care Mission merupakan salah satu inspirasi Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013 dalam usaha mendekati dan memahami permasalahan di kalangan mahasiswa khususnya melibatkan mahasiswa luar kampus. Program ini telah direncanakan sendiri oleh Exco Inovasi, Penyelidikan & Penempatan Luar MPP UniSZA atas usaha memahami dengan lebih dekat dan meninjau perkembangan mahasiswa UniSZA yang menetap di luar kampus. Program ini berlangsung selama sehari melalui beberapa fasa dan pergerakan yang dijadualkan bergerak bermula sekitar Kampus Gong Badak, UniSZA dan akhirnya penempatan luar kampus bagi mahasiswa/i Kampus Kota. 

TEMPAT

Penempatan Mahasiswa/i Luar Kampus sekitar Gong Badak

Penempatan Mahasiswa/i Luar Kampus sekitar Kampus Kota

KAEDAH/ CARA PELAKSANAAN PROGRAM

Program “MPP Home Attack : We Care Mission” merupakan salah satu initiatif Perwakilan Pelajar mengimplimentasikan konsep “outreach” khusus melibatkan mahasiswa/i yang menetap di luar kampus. Fenomena mahasiswa/i menetap di luar kampus merupakan masalah yang masih baru di kalangan mahasiswa/i UniSZA maka, langkah-langkah untuk mengurangkan impak negatif  terhadap status kebajikan mahasiswa/i luar kampus perlu dielakkan dan diselami dengan lebih dekat. Maka, timbulkan idea ini yang telah diinspirasikan sendiri oleh Exco Inovasi, Penyelidikan & Penempatan Luar MPP UniSZA untuk membantu pihak pentadbiran Universiti dalam usaha mengatasi permasalahan ini.

Antara gambar sepanjang program: