PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Thursday, April 25, 2013

MAKLUMAN PERMOHONAN JAWATANKUASA PERUMAHAN & KEBAJIKAN PELAJAR LUAR KAMPUS (JPKP-LK)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Makluman kepada mahasiswa/i UniSZA yang menetap di luar kampus, Unit Perumahan & Kebajikan Pelajar (UPKP) kini telah menubuhkan satu Jawatankuasa Perumahan & Kebajikan Pelajar Luar Kampus yang akan diwakili oleh mahasiwa/i luar kampus sebagai satu Jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk membantu pihak Pentadbiran Universiti dan Majlis Perwakilan Pelajar dalam usaha memastikan kebajikan dan keselamatan mahasiswa/i luar kampus diambil perhatian oleh Majlis Perwakilan Pelajar dan Universiti.

Berikut merupakan beberapa insentif yang berkaitan bagi mahasiswa/i luar kampus yang terpilih sebagai JPKP- Luar Kampus:

(1). Peluang mengemukakan kertas kerja menganjurkan program/aktiviti melibatkan mahasiswa/i luar kampus
(2). Keistimewaan untuk join venture bersama Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA untuk menganjurkan program
(3). Pemberian Baju Korporat JPKP
(4). Merit penginapan (untuk perhatian JPKP pada permohonan asrama tahun berikutnya)
(5). Recommendation letter
(6). Peluang untuk mengemukan kertas cadangan penambahbaikan sistem Pengurusan Asrama UniSZA
(7). Penghargaan Majlis Perwakilan Pelajar melalui aktiviti MPP bersama mahasiswa/i luar kampus
(8). Pengecualian Yuran Pengajian *

Sila sedia maklum bahawa anda TIDAK LAYAK untuk memohon sekiranya anda kini mahasiswa/i Tahun Akhir dan tinggal kurang dari setahun sebagai pelajar UniSZA. Mahasiswa/i luar kampus yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada Jawatankuasa JPKP Luar Kampus boleh mendapatkan borang Permohonan JPKP-Luar Kampus di pejabat Majlis Perwakilan Pelajar dan merujuk kepada Pegawai/ MPP berkaitan untuk maklumat lanjut. Berikut adalah direktori Pegawai dan MPP yang berkaitan :

En. Shuhrin Che Mat  
                  Penolong Pengurus Asrama & Penempatan Luar Kampus
                  H : 017- 2133440

                  Cik Nur Izzah Liyana Binti Haji Mat Nayan (Ijazah)
                  Exco Inovasi, Penyelidikan & Penempatan Luar
                  Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013
                  H : 012- 6331649

                 Saudara Mohd Shafie Johan Ng (Diploma)
                 Exco Inovasi, Penyelidikan & Penempatan Luar
                 Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013
                 H : 012-9976534

*Insentif ini masih di dalam perancangan Unit Perumahan & Kebajikan Pelajar (UPKP) dan telahpun diutarakan kepada Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA). Walaubagaimanapun, insentif ini bergantung kepada prestasi JPKP berkenaan dan prestasi individu.

Sekian Terima Kasih

Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara

0 comments:

Post a Comment