PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sultan Zainal Abidin

Saturday, January 3, 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H


.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
.
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) - Surah al-Ahzab, ayat 21
.
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada Hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku." - Al-Nasai & Ibnu Hibban
.
اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آل محمد

Wednesday, December 31, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahun baru 2014 bakal malabuhkan tirainya. Tahun 2015 bakal mengunjung tiba. MPP mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada mahasiswa/i UniSZA. Semoga tahun ini dengan azam yang baru dan lebih baik daripada tahun yang lepas.
Semoga tahun 2015 dijadikan anjakan paradigma kepada kita semua untuk berjaya di dunia dan akhirat.




Tuesday, December 23, 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 1 SESI 2014/2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Semester 1 sesi 14/15 bakal melabuhkan tirainya. Kami dipihak MPP menyeru kepada semua mahasiswa untuk menjaga kesihatan terutamanya sepanjang minggu peperiksaan. Kami juga menyeru agar mahasiswa kekal fokus, dan melakukan ulangkaji pelajaran.
Ingat amanah dan harapan yang diberikan oleh emak dan ayah kita. Selepas berusaha, bertawakal dan berdoa lah kepada Allah. Allah sebaik-baik tempat diserahkan urusan. Semoga apa yang dipelajari dirahmati Allah dan dapat disumbang kepada masyarakat suatu hari nanti.


Dikesempatan ini juga MPP menyeru agar kita sama-sama berdoa agar bencana banjir yang melanda pantai timur reda. Setiap ujian itu pasti ada hikmahnya. Semoga kita semua sentiasa dipelihara oleh Allah.

Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta". [Q.S. 29 al-Ankabut:2-3]



Thursday, December 11, 2014

Waktu Perkhidmatan Pusat Perubatan UniSZA

Berikut adalah waktu operasi bagi Pusat Perubatan UniSZA
.
.
Kampus Gong Badak
 .
.
Kampus Perubatan
 .
.
Kampus Tembila

*klik pada gambar untuk gambar yang lebih jelas

sumber

Thursday, August 29, 2013

Selamat Datang Mahasiswa/i Baru UniSZA


Assalamualaikum Wm, Wbt. Dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah pertamanya marilah kita mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana diberikan peluang untuk kita untuk terus berbakti serta meneruskan perjalanan kita sebagai seorang penuntut untuk meneruskan kembara Ilmu dimuka bumi Allah ini.
Saya mewakili Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2012/13 ini ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar-pelajar yang Berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pengajian mereka ke menara gading, khususnya di Universiti Sultan Zainal Abidin(UniSZA) ini dan selamat datang saya ucapkan kepada anda semua, Ahlan wasahlan.

Pesanan saya kepada pelajar-pelajar yang baru sahaja menjejakkan kaki mereka untuk meneruskan pengajian mereka di UniSZA ini, tanamkanlah keazaman kita dalam mencari ilmu. Cari serta ambillah pengalaman dalam menuntut ilmu itu adalah kerana Allah S.W.T dan demi untuk faedah insan. Anda adalah harapan keluarga, harapan bangsa dan Negara. Usahlah anda mensia-siakan kehidupan serta peluang anda di sebuah gedung ilmu ini. Sesungguhnya manusia itu sentiasa didalam kerugian jika kita alpa serta leka. Jadilah seorang pelajar yang bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan oleh anda untuk menuntu ilmu. Dan ingatlah, menjadi sebuah Negara serta keunggulan ketamadunan sesebuah bangsa itu adalah dengan ilmu.

Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA yang dahulunya kaya dengan melahirkan sarjana-sarjana yang hebat dan juga menyediakan kursus-kursus yang berpotensi tinggi dalam membina jati diri serta seseorang pelajar itu berketerampilan, akhlak dan sahsiah yang tinggi sehingga ianya menjadi sebuah institusi yang sering menjadi pilihan untuk melanjutkan pelajaran mereka.  Selaras dengan visi dan misi UniSZA dalam melahirkan sifat kepimpinan kepada semua warganya dalam memartabatkan ilmu hingga ketahap yang lebih tinggi. Setiap manusia dijadikan sebagai seorang khalifah dimuka bumi ini adalah untuk mentadbir serta menguruskan segala isinya dengan kehebatan ilmu yang diperolehi.

Disini kami Majlis Perwakilan Pelajar pada sesi ini menyeru kepada semua pelajar-pelajar khususnya kepada yang baru menjejakkan kaki mereka disini untuk bersama membangunkan modal insan yang dinamik dan proaktif serta dapat berbakti kepada agama,bangsa dan Negara selari dengan prinsip MPP 12/13 “Inpirasi Mahasiswa Mobiliti Negara”. Moga ianya menjadi satu kayu ukur untuk kita dalam mencapai matlamat hidup kita sebagai seorang penuntut ilmu. Sekian, kami doakan semoga maju jaya dalam menuntut ilmu disini. Insyaallah..
Wassalam


Muhammad Marzuqi B Zainal Adlan
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2012/13
Universiti Sultan Zainal Abidin

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 56





Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua Mahasiswa. Masih sempat saya ingin sampaikan kerana masih didalam bulan Syawal yang penuh keberkatan ini. Namun dalam kita bergembira menyambut hari lebaran, eloklah kiranya untuk kita bermuhasabah diri serta mengambil pengajaran setelah kita menempuh Bulan Ramadhan yang telah meninggalkan kita. Adakah kita mengekalkan prestasi Ibadah kita kepada Allah, atau sekadar menjadi hamba Ramadhan semata-mata. Pesanan ini juga seringkali membuat saya berfikir utnuk koreksi diri. Mudah-mudahan dengan pentalbiahan kita sewaktu Ramadhan akan kekal hingga akhirnya..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah dalam mengecapi kenikmatan dan kesejahteraan hidup dinegara ini perlulah kita memperbanyakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T yang memberi kita segala kenikmatan serta kesejahteraan yang beri olehNya. Sedar atau tidak negara kita Malaysia ini sudah hampir 56 tahun kita mengecapi nikmat kemerdekaan ini. Nikmat ini merupakan satu anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T. Selari dengan firman Allah yang bermaksud:


 " Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti kami akan menambah (nikmat) kepada mu dan jika kamu kufur mengingkari (nikmat ku) maka sesungguhnya azab ku amat pedih."
(QS. Ibrahim :7)

Anugerah yang kita kecapi hari ini hendaklah kita menjaganya selari dengan syariat Islam itu sendiri. Usahlah kita terlalu membangga serta kufur akan nikmat serta anugarah yang diberikan. Ini kerana jika dengan kekufuran yang diperoleh dari setiap masyarakat akan mengundang kemurkaan Allah. Setiap anugerah dan nikmat itu merupakan satu ujian kepada hambaNya. Bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud :

 " Itulah sebahagian dari kurnia Tuhan ku untuk menguji ku apakah aku bersyukur atau kufur (akan nikmat kurnianya)"
 (QS.An Naml :40) 


 Oleh itu, kita sebagai makhluk yang bertuah ini agar kita mengecapi nikmat serta anugerah yang diberikan oleh Allah S.W.T ini dengan kita memperbanyakkan Syukur kepadaNya dengan kita menjaga serta memastikan kesejahteraan dinegara ini akan terus dinikmati oleh generasi yang akan datang. Pertahankan maruah Agama, Bangsa dan Negara yang kita kecapi ini dengan penuh ketaqwaan serta berhikmah supaya kita tidak kufur diatas nikmat yang kita perolehi hari ini.


Salam Lebaran, dan Salam Kemerdekaan..

Muhammad Marzuqi Zainal Adlan
Presiden
Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013
Universiti Sultan Zainal Abidin

Monday, August 26, 2013

JADUAL BAS MENGANBIL PELAJAR BARU SEMESTER PENDEK DAN PELAJAR BARU

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Mahasiswa/i UniSZA.
Berikut adalah jadual bas dari MBKT dan Airport ke kampus Gong Badak dan Kampus Maidam bagi pelajar semester pendek dan pelajar baru.

*Kepada mahasiswa/i UniSZA yang memerlukan pengangkutan dari airport, hendaklah memberi nama, masa penerbangan, beserta no tel. kepada Exco Kebajikan dan Pembangunan Pelajar MPP, Muhammad Nursyazwan bin Zainudin di talian 013-917 1590.

" Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara "