PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Sunday, June 16, 2013

UniSZA Terima Dua Timbalan Naib Canselor


Yang Amat Berhormat Menteri Pendidikan telah bersetuju melantik dua Timbalan Naib Canselor (TNC) iaitu TNC Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman dan TNC Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Nik Wan Omar berkuatkuasa pada 3 Jun 2013 hingga 2 Jun 2016.
Prof. Dr. Mohd Ekhwan merupakan profesor yang bertugas di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum dilantik sebagai TNC Penyelidikan dan Inovasi di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) manakala Prof. Madya Dr.Nik Wan adalah Pemangku TNC Hal Ehwal Pelajar di UniSZA.
Pihak UniSZA mengucapkan tahniah kepada mereka dan dengan pelantikan ini pasti UniSZA akan terus memacu kegemilangan di masa hadapan.




0 comments:

Post a Comment