PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sultan Zainal Abidin

Saturday, May 28, 2016

SELAMAT BERCUTI SEMESTER KEPADA MAHASISWA UniSZA

Majlis Pewakilan Pelajar mengucapkan Selamat Bercuti Semester kepada Mahasiswa UniSZA, Alhamdulillah selesai sudah final exam bagi semester ini, Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan gunakanlah masa yang terluang bersama keluarga tersayang dan berbaktilah kepada ibu bapa anda dengan sebaiknya. Manfaatkan masa cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah.
"Masa itu kehidupan, apabila ia telah berlalu. ia tidak akan berlalu sekali lagi."
Semoga selamat perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.
اَللَّـهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّـفَرِ وَ الْـخَلِيْفَةُ فِـى اْلاَهْلِ, اَللَّـهُمَّ إِنِّى اَعُـوْذُ بِكَ مِنَ الضَّبْنَةِ فىِ السَّفَرِ وَ الْكَابَةِ فىِ الْـمُنْقَلَبِ , اَللَّـهُمَّ اطْوِلَنَا اْلاَرْضَ وَهَوِّنْ عَلَيْنَا السَّفَرَ
“Allahumma antash shaahibu fis safar, wal khaliifatu fil ahli. Allahumma inniy ‘audzu bika minadl dlabnah fis safar, wal kaabati fil munqalabi; Allahummathwilanaal ardla, wa hawwin ‘alainaas safar”. [Ya Allah, Engkaulah sebagai teman dalam perjalanan, sebagai pengganti bagi keluarga. Ya Allah, aku berlindung dari berteman dengan orang yang tidak berguna dalam perjalanan, dan beroleh kekecewaan di waktu pulang nanti”. Ya Allah, dekatkanlah bagi kami jarak bumi, dan mudahkanlah perjalanan kami”). Dan jika hendak kembali, beliau saw mengucapkan, “Ayyibuuna taaibuna, ‘aabiduuna li rabbinaa haamiduun”.(Kami kembali pulang, beribadah dan bersyukur kepada Rabb kami”.
[HR. Imam Ahmad, Thabaraniy, dan Bazzar]
"Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Kelestarian Negara"

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT NAIB CANSELOR UniSZA

Pada 24 Mei 2016 Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan Satu Kunjung Hormat ke Pejabat Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato Dr Ahmad Zubaidi Bin Abdul Latif
Salah satu Agenda Mesyuarat adalah membincangkan
berkenaan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa IPT 2016 (SLC 16) Peringkat Kebangsaan.
Pihak Pengurusan Tertinggi menyambut baik berkenaan Penganjuran Konvensyen SLC 16 ini. ‪#‎SoaringUpward‬ ‪#‎SLC16‬ ‪#‎MPPUniSZA‬
"Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Kelestarian Negara"

UniSZA MENERIMA 60 PELAJAR CEMERLANG STRAIGHT A SPM

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG PELAJAR & IBUBAPA KE SESI PENDAFTARAN PROGRAM ASASI SAINS DAN PERUBATAN SESI 2016/2017

ANAK SULUNG UniSZA, UniSZA MENERIMA 60 PELAJAR CEMERLANG STRAIGHT A SPM PROGRAM ASASI SAINS DAN PERUBATAN



ANALISA KEPUTUSAN KEMASUKAN KE UA/POLITEKNIK PREMIER

Analisa Keputusan Kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik Premier untuk program Pengajian Asasi & Diploma.
- 36.6% Pemohonan mendapat pilihan pertama 
- 62% mendapat pilihan 1, 2, atau 3. 
- 58,914 ditawarkan tempat. 
Tahniah diucapkan!

KUNJUNG HORMAT KE BAHAGIAN PEMBANGUNAN MAHASISWA KPT

25/05/16
Kunjung hormat ke Bahagian Pembangunan Mahasiswa Kementerian Pendidikan Tinggi untuk jemputan bekerjasama dan membentangkan Program Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam IPT 2016 (ISLC16) Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di UniSZA pada 29/07/16-01/08/16.
Banyak input dan idea tambah yang diterima dalam diskusi bersama YBhg. Prof Madya Dr. Sopian Bujang, Pengarah Bahagian Pembangunan Mahasiswa KPT. Jutaan terima kasih atas kesudian YBhg. Dr. menerima kunjungan Majlis Perwakilan Pelajar Unisza dan meluangkan masa bersama kami.
Kami berharap agar jalinan kerjasama ini bakal menjayakan ISLC16.
"Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Kelestarian Negara"