PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Saturday, September 3, 2016

PENJELASAN BERKENAAN KEMASUKAN PTPTN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
*[PENJELASAN BERKENAAN KEMASUKAN PTPTN]*
Alhamdulilah, Saya bersama-sama Exco Akademik Integriti dan Perpaduan, Muhammad Faris Bin Zulkarnain serta Exco Keusahawanan dan Kebolehpasaran, Nur Azla Aziera Bin A'Ala telah mengadakan perjumpaan bersama Pegawai Unit Penajaan HEPA, Cik Suhaila Binti Sulong bagi membincangkan berkenaan kelewatan kemasukan Pinjaman PTPTN ke akaun Pelajar.
Sistem kemasukan wang ke Akaun Pelajar bergantung kepada Tarikh Julat yang telah ditetapkan oleh Pihak PTPTN bagi setiap IPT. Julat bagi UniSZA ialah 01/10.
Tarikh-Tarikh bagi Proses Pinjaman PTPTN bagi UniSZA telah ditetapkan seperti berikut:-
Tarikh Hantar Data (Keputusan Peperiksaan)- 01 September 2016
Tarikh Terima Data- 14 September 2016
Tarikh Jana Bayaran- 16 September 2016
Tarikh Kredit ke Akaun- *24 September 2016*
Bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang kembali, Pihak MPP UniSZA telah mencadangkan supaya Tarikh Julat Universiti diawalkan. Dan Pihak Pengurusan bersetuju untuk menghantar Permohonan kepada Pihak PTPTN untuk mengawalkan Tarikh Julat Universiti pada masa akan datang.
Pihak MPP turut mencadangkan beberapa Perkara berikut:-
1. Membenarkan Pelajar yang kurang berkemampuan untuk Membuat Dana Makan Minum sebelum PTPTN dimasukkan ke akaun Pelajar. (Bergantung kepada Pendapatan Keluarga)- *Lulus*
Sehubungan dengan itu, Mana-mana Mahasiswa yang mempunyai Masalah kewangan Boleh merujuk Unit Penajaan HEPA bagi mempertimbangkan bantuan atau pinjaman yang boleh diberikan.
Pihak MPP juga terkilan dengan status Pelajar yang kurang beradab kepada Golongan Pendidik yang mentadbir Universiti. Gunakan adab yang telah digariskan sebagai seorang Mahasiswa sebagai solusi kepada sesuatu permasalahan.
Segala kesulitan berkenaan perkara ini amat dikesali dan berharap supaya perkara ini diambil tindakan pada masa akan datang.
Sekian, Wasalam
*Muhammad Nursyazwan Bin Zainudin*
Setiausaha Agung MPP






4 comments:

This comment has been removed by the author.

Do unisza deduct our yuran pengajian for this sept?

Knpa 2/10/2016 ni x masuk lg ptptn?

Knpa 2/10/2016 ni x masuk lg ptptn?

Post a Comment