PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sultan Zainal Abidin

Saturday, September 3, 2016

KEMASUKAN MAHASISWA/I BAHARU IJAZAH SARJANA MUDA SESI 2016/17

(MAHASISWA/I BAHARU IJAZAH SARJANA MUDA SESI 2016/17)

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA mengucapkan jutaan ucapak Tahniah kepada mahasiswa/i baru yang berjaya ditempatkan di IPTA lebih-lebih lagi UniSZA. Seluruh warga UniSZA mengalu - alukan kedatangan mahasiswa baru UniSZA pada 28 Ogos 2016.

Minggu Mesra Siswa (MMS) telah berlangsung selama 4 hari , Berikut adalah rangkuman gambar keseluruhan Minggu Mesra Siswa

"Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Kelestarian Negara" 























DIBENARKAN MEMBAWA MASUK BAG KE DALAM PERPUSTAKAAN

Assalamualaikum wrm dan Salam Sejatera
Makluman kepada semua mahasiswa, perpustakaan Universiti Sultan Zainal Abidin telah menguatkuasakan peraturan baru bagi semua mahasiswa UniSZA iaitu semua mahasiswa DIBENARKAN MEMBAWA MASUK BAG KE DALAM PERPUSTAKAAN mulai 4 September 2016.
Mahasiswa juga perlu mematuhi garis panduan yang telah digariskan oleh pihak perpustakaan.
Sekian harap maklum.
"Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Kelestarian Negara"


VIDEO KHAS PENDIDIKAN TINGGI

Jom Saksikan Video Khas
Selamat Datang ke alam Pendididkan Tinggi serta Kehebatan pencapaian Pendidikan Tinggi oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia , YB Dato' Seri Idris bin Jusoh & YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia

video

TARIKH KONVOKESYEN UniSZA 2016

Alhamdulillah. Setelah Wakil Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA berjumpa dengan Pejabat Pwndaftar UniSZA yang di Wakili oleh Saudara Aziamy bin Abdul Aziz Presiden MPP UniSZA , dan Saudara Shahrul Iman bin Juhaizi , Timbalan Presiden 1 MPP UniSZA
Tarikh Konvokesyen UniSZA 2016 telah diumumkan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 22-24 Oktober 2016 
Hari : Sabtu - Isnin
Tempat : Dewan Al-Mukhtafi Billah Shah.
Tahniah dan Selamat Bergraduasi Mahasiswa dan Mahasiswi UniSZA yanga akan bergraduasi tahun ini.
Sekian , Selamat Bergraduasi !!!
"Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Kelestarian Negara"
Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA
Sesi 2015/2016


KEPUTUSAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI KEMASUKAN SEMESTER 1, SESI 2016/2017

KEPUTUSAN PERMOHONAN KOLEJ KEDIAMAN BAGI KEMASUKAN SEMESTER 1, SESI 2016/2017
Makluman kepada Siswa/i UniSZA,
1.Kemasukan pelajar ke kolej kediaman adalah bergantung kepada mereka yang berjaya dalam permohonan online yang dimaklumkan pada 9 Mei 2016 (Isnin).
2. Siswa/i yang berjaya bolehlah menyemak kedudukan bilik masing-masing di dalam Portal Pelajar mulai 1 September 2016, Khamis.
3. Bagi mereka yang tidak berjaya mendapat penginapan di kolej kediaman, pengambilan kedua akan dilakukan selepas kemasukan pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda selesai (dijangka pada 1 Oktober 2016, Sabtu) berdasarkan kepada permohonan yang telah dibuka secara online pada 22 Mac 2016 sehingga 4 April 2016 dan juga merit yang telah ditetapkan.
4. Semua pelajar yang tidak berjaya untuk mendapatkan penginapan di kolej kediaman dinasihatkan mencari penginapan di luar kerana peluang untuk menginap di kolej kediaman pada kali ini amat tipis memandangkan peningkatan jumlah pengambilan pelajar baharu bagi sesi pengajian 2016/2017.
5. Semua pelajar dinasihatkan tidak mengambil sikap menumpang/memberi tumpang secara haram di kolej kediaman. Peraturan kolej kediaman sedia ada adalah digunapakai.
6. Pendaftaran kolej kediaman akan dilakukan sepertimana berikut :
Tarikh Pendaftaran : 03 September 2016 (Sabtu sahaja)
Tempat Pendaftaran : Foyer Pejabat Kolej Kediaman
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi – 4.30 petang
7. Pelajar yang gagal mendaftar kolej kediaman pada tarikh yang ditetapkan dianggap tidak berminat dan pihak kolej kediaman berhak membatalkan bilik tersebut untuk diberi kepada pelajar lain.
8. Pengambilan barang di stor pelajar akan dilakukan sepertimana ketetapan dibawah. Urusan pengambilan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
Tarikh Stor Dibuka : 03 September 2016 (Sabtu sahaja)
Masa Dibuka : 8.30 pagi – 4.30 petang
9. Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
a) Puan Azilawati Bt Rofa – Kolej Kediaman A (09-6688974)
b) Encik Shaiful Akmal Bin Saliman – Kolej Kediaman B (09-6688976)
c) Encik Alias Bin Mat Amin – Kolej Kediaman C (09-6688975)
d) Cik Asma’ Bt Md Jaafar – Kolej Kediaman D Kampus Perubatan (09-6688980)
e) Encik Shuhrin Bin Che Mat – Kolej Kediaman E Kampus Tembila (09-6693997)
Sekian, harap maklum.
Pengarah Kolej Kediaman UniSZA
Bertarikh : 1 September 2016

INSTAGRAM MERDEKA 2016 ANJURAN JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) KEMENTERIAN

INSTAGRAM MERDEKA 2016 ANJURAN JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) KEMENTERIA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa JASA akan menganjurkan Peraduan Instagram Merdeka 2016. 
Peraduan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat menyambut Hari Kebangsaan 2016 kepada rakyat Malaysia. Terdapat 3 katogeri yang akan dipertandingkan iaitu kategori Umum, Mahasiswa dan sekolah Menengah. Setiap idea kreatif yang dipaparkan perlulah menggunakan tema#SEHATISEJIWA dan menunjukkan semangat patriotik kepada negara.
* Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Kaedah penyertaan ialah setiap peserta mestilah mempunyai akaun instagram dan menggunakan akaun tersebut untuk menghantar gambar atau pun rakaman video dengan menampilkan idea-idea kreatif berbentuk patriotisma mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Tempoh peraduan bermula 16 Ogos hingga 16 September 2016.
Follow Instagram dan like Fanpage @instamerdeka / facebook JASAinstagramMerdeka.
Sekian, harap maklum

PENJELASAN BERKENAAN KEMASUKAN PTPTN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
*[PENJELASAN BERKENAAN KEMASUKAN PTPTN]*
Alhamdulilah, Saya bersama-sama Exco Akademik Integriti dan Perpaduan, Muhammad Faris Bin Zulkarnain serta Exco Keusahawanan dan Kebolehpasaran, Nur Azla Aziera Bin A'Ala telah mengadakan perjumpaan bersama Pegawai Unit Penajaan HEPA, Cik Suhaila Binti Sulong bagi membincangkan berkenaan kelewatan kemasukan Pinjaman PTPTN ke akaun Pelajar.
Sistem kemasukan wang ke Akaun Pelajar bergantung kepada Tarikh Julat yang telah ditetapkan oleh Pihak PTPTN bagi setiap IPT. Julat bagi UniSZA ialah 01/10.
Tarikh-Tarikh bagi Proses Pinjaman PTPTN bagi UniSZA telah ditetapkan seperti berikut:-
Tarikh Hantar Data (Keputusan Peperiksaan)- 01 September 2016
Tarikh Terima Data- 14 September 2016
Tarikh Jana Bayaran- 16 September 2016
Tarikh Kredit ke Akaun- *24 September 2016*
Bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang kembali, Pihak MPP UniSZA telah mencadangkan supaya Tarikh Julat Universiti diawalkan. Dan Pihak Pengurusan bersetuju untuk menghantar Permohonan kepada Pihak PTPTN untuk mengawalkan Tarikh Julat Universiti pada masa akan datang.
Pihak MPP turut mencadangkan beberapa Perkara berikut:-
1. Membenarkan Pelajar yang kurang berkemampuan untuk Membuat Dana Makan Minum sebelum PTPTN dimasukkan ke akaun Pelajar. (Bergantung kepada Pendapatan Keluarga)- *Lulus*
Sehubungan dengan itu, Mana-mana Mahasiswa yang mempunyai Masalah kewangan Boleh merujuk Unit Penajaan HEPA bagi mempertimbangkan bantuan atau pinjaman yang boleh diberikan.
Pihak MPP juga terkilan dengan status Pelajar yang kurang beradab kepada Golongan Pendidik yang mentadbir Universiti. Gunakan adab yang telah digariskan sebagai seorang Mahasiswa sebagai solusi kepada sesuatu permasalahan.
Segala kesulitan berkenaan perkara ini amat dikesali dan berharap supaya perkara ini diambil tindakan pada masa akan datang.
Sekian, Wasalam
*Muhammad Nursyazwan Bin Zainudin*
Setiausaha Agung MPP