PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Saturday, June 15, 2013

PENGUMUMAN: PERHATIAN KEPADA MAHASISWA/I YANG TERLIBAT DALAM PEMBELIAN & PENIPUAN LINGUAPHONE DI DALAM KAMPUS

Assalamualaikum w.b.t

Perhatian kepada mahasiswa/i UniSZA, kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA 2012/2013 kini sedang dalam usaha mendapatkan maklumat daripada kesemua mahasiswa/i yang pernah terlibat dalam urusan jual beli perkhidmatan Linguphone yang telah dilaksanakan di dalam kampus semenjak beberapa tahun lepas. Maklumat yang anda bakal sumbangkan kepada kami sangat penting untuk kami teruskan usaha kami di peringkat pengurusan untuk menghalang kemasukan Linguaphone ke dalam kampus dan mengelakkan penipuan seperti ini kepada mahasiswa/i pada masa akan datang.

Mohon bagi mahasiswa/i yang terlibat supaya dapat mengisi data anda di Aduan Online Mahasiswa sepertimana tautan yang disediakan seperti berikut. Segala maklumat perlulah diserahkan sebelum 30 Jun 2013. Segala maklumat akan membantu kami di pihak Majlis Perwakilan Pelajar untuk membawa perkara ini ke Pengurusan Universiti dan seterusnya ke Mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

Terima kasih

"Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara"



0 comments:

Post a Comment