PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sultan Zainal Abidin

Monday, December 31, 2012

Selamat Tahun Baru 2013


Saturday, December 29, 2012

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pihak Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA ingin mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Program Ijazah sarjana muda. Semoga anda semua dapat menjawab dengan tenang dan beroleh kejayaan. Pihak MPP UniSZA berharap semoga anda mendapat manfaat dan berkat dari ilmu yang dipelajari.

"Kemudian apabila engkau berazam, maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara 
Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2012/2013

Wednesday, December 19, 2012

Karnival MPP 2012


Berikut adalah tentatif bagi program-program sepanjang Karnival MPP.


Wednesday, November 14, 2012

JADUAL PERJALANAN BAS DARI MBKT KE KAMPUS GB DAN KOTA SEMPENA CUTI SEMESTER

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.. 

Berikut adalah jadual bas dari MBKT ke Kampus Kota dan Gong Badak bagi sesi permulaan semester bagi pelajar ijazah dan diploma. 

kepada mahasiswa/i UniSZA yang memerlukan perkhidmatan van dari airport dikehendaki memberi nama dan masa kepada exco kebajikan dan pembangunan pelajar UniSZA Syazwan(013-917 1590) dan Shima(013-999 7567) selewat-lewatnya 16 nov 2012

kerjasama dari mahasiswa/i diucapkan terima kasih. 
"INSPIRASI MAHASISWA MOBILITI NEGARA"

Tuesday, November 13, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

 Salam Maal Hijrah
Melangkah ke tahun 1434 Hijrah adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam. Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah, sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini.
 

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun


Salam Maal Hijrah daripada Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA.
Semoga tahun baru ini lebih baik dari yang sebelumnya insyaAllah.

"INSPIRASI MAHASISWA MOBILITI NEGARA"
 

Monday, November 12, 2012

Harga Makanan dan Peti Cadangan Kafe

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Pihak Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantauan Premis Sewaan yang dipengerusikan oleh Dr. Aminuddin bin Abdul Rahman kerana sudi berbincang dan mendengar suara Perwakilan tentang permasalahan harga makanan.

Pihak MPP sentiasa mengambil cakna tentang segala suara dan permasalahan yang diutarakan oleh Mahasiswa/i UniSZA. Pihak MPP telah memanjangkan permasalahan tersebut kepada pihak bertangungjawab.

Alhamdulillah, setelah selesai berbincang, harga makanan telah ditetapkan dengan harga yang munasabah dan bersesuaian dengan keadaan semasa.

Berikut adalah harga baru yang telah ditetapkan dan dipersetujui:
 
(klik imej untuk besarkan)
 
Justeru itu diharap makanlah makanan mengikut keperluan, bukannya kemahuan, Ikutlah Diet Rasulullah, Insyaallah hidup berkat bertambah sihat.
 

 Peti cadangan telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan & Pemantauan Premis Sewaan hasil daripada perbincangan antara pihak Majlis Perwakilan Pelajar bersama pengusaha premis makanan dan pentadbiran universiti dalam mencari penyelesaian mengenai isu makanan.
 
Oleh yang demikian, kami dipihak Majlis Perwakilan Pelajar menggalakkan mahasiswa/i untuk memberi sebarang aduan dan cadangan kepada pengusaha premis makanan berkenaan harga dan tahap kebersihan kafe.
 
peti cadangan ini akan diuruskan sendiri oleh pengusaha kafe agar pengusaha kafe dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.
 
" Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara"
 

Istiadat Konvokesyen UniSZA ke 4

Assalamuaikum & Salam Sejahtera

Makluman Kepada Semua Mahasiswa/i UniSZA. Tarikh Rasmi Istiadat Konvokesyen UniSZA kali ke 4 adalah seperti :

Hari Istiadat Konvokesyen
Tarikh : 1 & 2 Disember 2012
Tempat : Stadium Tertutup Gong Badak
Pesta Konvokesyen
Tarikh : 30 November - 3 Disember 2012
Tempat : Golf Driving Range, Kampus Gong Badak, UniSZA

" Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara"

Happy Deepavali

Selamat Hari Deepavali kepada semua rakan-rakan yang menyambut Hari Deepavali 
ikhlas daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA  :D

Tuesday, November 6, 2012

Bicara Kampus


Pada 4 Nov yang lalu telah diadakan sesi rakaman Program TV "Bicara Siswa" di Angkasapuri, KL.
Panel terdiri daripada Presiden MPP UniSZA sendiri iaitu En Marzuqi, Presiden MPP UMT En Sadam dan juga Ketua Pengarah BTN Y.M. Datuk Raja Arif bin Raja Ali yang mengupas dan membincangkan topik 'KEPIMPINAN MEMBENTUK BUDAYA CEMERLANG'.




InsyaAllah rakaman ini akan disiarkan pada 18 November 2012 pukul 3.30 ptg.
Mari kita saksikan bersama program perkongsian ilmu ini dalam rancangan "Bicara Kampus" di RTM 1

Kaunter MPP

 
Bermula pada 6 November 2012 ini pihak MPP UniSZA akan membuka "KAUNTER MPP". Di kaunter ini pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti pelajar boleh membuat aduan dan cadangan, mendaftar sebagai sekretrariat MPP, mendapatkan maklumat isu semasa dan lain-lain lagi. Melalui kaunter ini juga diharapkan hubungan mahasiswa/i dan juga MPP dapat dieratkan lagi.
Jadi pihak MPP menjemput mahasiswa/i UniSZA untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan ini sebaik mungkin untuk memastikan UniSZA menjadi sebuah institusi yang membudayakan kecemerlangan diri.

InsyaAllah Kaunter MPP akan dibuka setiap hari selasa,rabu dan jumaat setiap minggu pada pukul 9.00 malam.

"Inspirasi Mahasiswa Mobiliti Negara"

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidil Adha


Lawatan Muhibbah 1 Malaysia Deligasi UKM bersama PMKI & MPP UniSZA


Lawatan Kerja MPM KUIM - MPP UniSZA