PENYATUAN MAHASISWA PEMANGKIN KELESTARIAN NEGARA

Majlis Perwakilan Pelajar

Universiti Sultan Zainal Abidin

Saturday, September 3, 2016

INSTAGRAM MERDEKA 2016 ANJURAN JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) KEMENTERIAN

INSTAGRAM MERDEKA 2016 ANJURAN JABATAN HAL EHWAL KHAS (JASA) KEMENTERIA
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1 MALAYSIA
Sukacita dimaklumkan bahawa JASA akan menganjurkan Peraduan Instagram Merdeka 2016. 
Peraduan ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat menyambut Hari Kebangsaan 2016 kepada rakyat Malaysia. Terdapat 3 katogeri yang akan dipertandingkan iaitu kategori Umum, Mahasiswa dan sekolah Menengah. Setiap idea kreatif yang dipaparkan perlulah menggunakan tema#SEHATISEJIWA dan menunjukkan semangat patriotik kepada negara.
* Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Kaedah penyertaan ialah setiap peserta mestilah mempunyai akaun instagram dan menggunakan akaun tersebut untuk menghantar gambar atau pun rakaman video dengan menampilkan idea-idea kreatif berbentuk patriotisma mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Tempoh peraduan bermula 16 Ogos hingga 16 September 2016.
Follow Instagram dan like Fanpage @instamerdeka / facebook JASAinstagramMerdeka.
Sekian, harap maklum

PENJELASAN BERKENAAN KEMASUKAN PTPTN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
*[PENJELASAN BERKENAAN KEMASUKAN PTPTN]*
Alhamdulilah, Saya bersama-sama Exco Akademik Integriti dan Perpaduan, Muhammad Faris Bin Zulkarnain serta Exco Keusahawanan dan Kebolehpasaran, Nur Azla Aziera Bin A'Ala telah mengadakan perjumpaan bersama Pegawai Unit Penajaan HEPA, Cik Suhaila Binti Sulong bagi membincangkan berkenaan kelewatan kemasukan Pinjaman PTPTN ke akaun Pelajar.
Sistem kemasukan wang ke Akaun Pelajar bergantung kepada Tarikh Julat yang telah ditetapkan oleh Pihak PTPTN bagi setiap IPT. Julat bagi UniSZA ialah 01/10.
Tarikh-Tarikh bagi Proses Pinjaman PTPTN bagi UniSZA telah ditetapkan seperti berikut:-
Tarikh Hantar Data (Keputusan Peperiksaan)- 01 September 2016
Tarikh Terima Data- 14 September 2016
Tarikh Jana Bayaran- 16 September 2016
Tarikh Kredit ke Akaun- *24 September 2016*
Bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang kembali, Pihak MPP UniSZA telah mencadangkan supaya Tarikh Julat Universiti diawalkan. Dan Pihak Pengurusan bersetuju untuk menghantar Permohonan kepada Pihak PTPTN untuk mengawalkan Tarikh Julat Universiti pada masa akan datang.
Pihak MPP turut mencadangkan beberapa Perkara berikut:-
1. Membenarkan Pelajar yang kurang berkemampuan untuk Membuat Dana Makan Minum sebelum PTPTN dimasukkan ke akaun Pelajar. (Bergantung kepada Pendapatan Keluarga)- *Lulus*
Sehubungan dengan itu, Mana-mana Mahasiswa yang mempunyai Masalah kewangan Boleh merujuk Unit Penajaan HEPA bagi mempertimbangkan bantuan atau pinjaman yang boleh diberikan.
Pihak MPP juga terkilan dengan status Pelajar yang kurang beradab kepada Golongan Pendidik yang mentadbir Universiti. Gunakan adab yang telah digariskan sebagai seorang Mahasiswa sebagai solusi kepada sesuatu permasalahan.
Segala kesulitan berkenaan perkara ini amat dikesali dan berharap supaya perkara ini diambil tindakan pada masa akan datang.
Sekian, Wasalam
*Muhammad Nursyazwan Bin Zainudin*
Setiausaha Agung MPP






UPDATE JADUAL BAS SEMPENA MENGAMBIL MAHASISWA PULANG KE KAMPUS

[UPDATE JADUAL BAS SEMPENA MENGAMBIL MAHASISWA PULANG KE KAMPUS SELEPAS CUTI SEMESTER]
Assalamualaikum W.BT. dan Salam Sejahtera
Berikut merupakan update terbaru bagi jadual bas yang akan mengambil mahasiswa pulang ke kampus selepas Cuti Semester. Kepada mahasiswa yang akan pulang menaiki kapal terbang, sila berikan maklumat diri anda kepada Exco Kebajikan, Keselamatan, dan Kesihatan SELEWATNYA pada 1 SEPTEMBER 2016 SEBELUM 5 PETANG
Maklumat yang perlu diberikan adalah seperti berikut:
Nama:
Course:
No Tel:
Waktu dan tarikh penerbangan;
Nor Shahidah (019 9246388)
P/s : Exco Kebajikan, Keselamatan, dan Kesihatan
Sebarang persoalan boleh berhubung dengan Exco Kebajikan, Keselamatan, dan Kesihatan
Nor Shahidah (019 9246388)
Mohd Zainul Arriffin (017 9560384)
Sekian, Harap Maklum.


Saturday, May 28, 2016

SELAMAT BERCUTI SEMESTER KEPADA MAHASISWA UniSZA

Majlis Pewakilan Pelajar mengucapkan Selamat Bercuti Semester kepada Mahasiswa UniSZA, Alhamdulillah selesai sudah final exam bagi semester ini, Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan gunakanlah masa yang terluang bersama keluarga tersayang dan berbaktilah kepada ibu bapa anda dengan sebaiknya. Manfaatkan masa cuti dengan perkara-perkara yang berfaedah.
"Masa itu kehidupan, apabila ia telah berlalu. ia tidak akan berlalu sekali lagi."
Semoga selamat perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.
اَللَّـهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِى السَّـفَرِ وَ الْـخَلِيْفَةُ فِـى اْلاَهْلِ, اَللَّـهُمَّ إِنِّى اَعُـوْذُ بِكَ مِنَ الضَّبْنَةِ فىِ السَّفَرِ وَ الْكَابَةِ فىِ الْـمُنْقَلَبِ , اَللَّـهُمَّ اطْوِلَنَا اْلاَرْضَ وَهَوِّنْ عَلَيْنَا السَّفَرَ
“Allahumma antash shaahibu fis safar, wal khaliifatu fil ahli. Allahumma inniy ‘audzu bika minadl dlabnah fis safar, wal kaabati fil munqalabi; Allahummathwilanaal ardla, wa hawwin ‘alainaas safar”. [Ya Allah, Engkaulah sebagai teman dalam perjalanan, sebagai pengganti bagi keluarga. Ya Allah, aku berlindung dari berteman dengan orang yang tidak berguna dalam perjalanan, dan beroleh kekecewaan di waktu pulang nanti”. Ya Allah, dekatkanlah bagi kami jarak bumi, dan mudahkanlah perjalanan kami”). Dan jika hendak kembali, beliau saw mengucapkan, “Ayyibuuna taaibuna, ‘aabiduuna li rabbinaa haamiduun”.(Kami kembali pulang, beribadah dan bersyukur kepada Rabb kami”.
[HR. Imam Ahmad, Thabaraniy, dan Bazzar]
"Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Kelestarian Negara"

KUNJUNG HORMAT KE PEJABAT NAIB CANSELOR UniSZA

Pada 24 Mei 2016 Majlis Perwakilan Pelajar telah mengadakan Satu Kunjung Hormat ke Pejabat Naib Canselor UniSZA, YBhg. Prof. Dato Dr Ahmad Zubaidi Bin Abdul Latif
Salah satu Agenda Mesyuarat adalah membincangkan
berkenaan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa IPT 2016 (SLC 16) Peringkat Kebangsaan.
Pihak Pengurusan Tertinggi menyambut baik berkenaan Penganjuran Konvensyen SLC 16 ini. ‪#‎SoaringUpward‬ ‪#‎SLC16‬ ‪#‎MPPUniSZA‬
"Penyatuan Mahasiswa Pemangkin Kelestarian Negara"

UniSZA MENERIMA 60 PELAJAR CEMERLANG STRAIGHT A SPM

TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG PELAJAR & IBUBAPA KE SESI PENDAFTARAN PROGRAM ASASI SAINS DAN PERUBATAN SESI 2016/2017

ANAK SULUNG UniSZA, UniSZA MENERIMA 60 PELAJAR CEMERLANG STRAIGHT A SPM PROGRAM ASASI SAINS DAN PERUBATAN



ANALISA KEPUTUSAN KEMASUKAN KE UA/POLITEKNIK PREMIER

Analisa Keputusan Kemasukan ke Universiti Awam/ Politeknik Premier untuk program Pengajian Asasi & Diploma.
- 36.6% Pemohonan mendapat pilihan pertama 
- 62% mendapat pilihan 1, 2, atau 3. 
- 58,914 ditawarkan tempat. 
Tahniah diucapkan!