1.Kemasukan pelajar ke kolej kediaman adalah bergantung kepada mereka yang berjaya dalam permohonan online yang dimaklumkan pada 9 Mei 2016 (Isnin).
2. Siswa/i yang berjaya bolehlah menyemak kedudukan bilik masing-masing di dalam Portal Pelajar mulai 1 September 2016, Khamis.
3. Bagi mereka yang tidak berjaya mendapat penginapan di kolej kediaman, pengambilan kedua akan dilakukan selepas kemasukan pelajar baharu Ijazah Sarjana Muda selesai (dijangka pada 1 Oktober 2016, Sabtu) berdasarkan kepada permohonan yang telah dibuka secara online pada 22 Mac 2016 sehingga 4 April 2016 dan juga merit yang telah ditetapkan.
4. Semua pelajar yang tidak berjaya untuk mendapatkan penginapan di kolej kediaman dinasihatkan mencari penginapan di luar kerana peluang untuk menginap di kolej kediaman pada kali ini amat tipis memandangkan peningkatan jumlah pengambilan pelajar baharu bagi sesi pengajian 2016/2017.
5. Semua pelajar dinasihatkan tidak mengambil sikap menumpang/memberi tumpang secara haram di kolej kediaman. Peraturan kolej kediaman sedia ada adalah digunapakai.
6. Pendaftaran kolej kediaman akan dilakukan sepertimana berikut :
Tarikh Pendaftaran : 03 September 2016 (Sabtu sahaja)
Tempat Pendaftaran : Foyer Pejabat Kolej Kediaman
Masa Pendaftaran : 8.30 pagi – 4.30 petang
7. Pelajar yang gagal mendaftar kolej kediaman pada tarikh yang ditetapkan dianggap tidak berminat dan pihak kolej kediaman berhak membatalkan bilik tersebut untuk diberi kepada pelajar lain.
8. Pengambilan barang di stor pelajar akan dilakukan sepertimana ketetapan dibawah. Urusan pengambilan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.
Tarikh Stor Dibuka : 03 September 2016 (Sabtu sahaja)
Masa Dibuka : 8.30 pagi – 4.30 petang
9. Sebarang pertanyaan, sila hubungi :
a) Puan Azilawati Bt Rofa – Kolej Kediaman A (09-6688974)
b) Encik Shaiful Akmal Bin Saliman – Kolej Kediaman B (09-6688976)
c) Encik Alias Bin Mat Amin – Kolej Kediaman C (09-6688975)
d) Cik Asma’ Bt Md Jaafar – Kolej Kediaman D Kampus Perubatan (09-6688980)
e) Encik Shuhrin Bin Che Mat – Kolej Kediaman E Kampus Tembila (09-6693997)
Sekian, harap maklum.
Pengarah Kolej Kediaman UniSZA
Bertarikh : 1 September 2016